alexithymia
Bismillah.
A daughter. Since 1991. A hamlatatul.

O Allah, forgive me and my parents.
Have mercy upon them as they had brought me up in childhood.
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله

homepage // archives // random post // message // about user // theme

mygenome:

Kenapa JANGAN tidur selepas solat Subuh…?

Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
“Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

T___T

boiengs said: Terima kasih.


=,)

"

Kita hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakan kita dan perlu yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat.

Seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebaliknya.

"
— MR.A (via journeytojannah89).

thejourneyofdakwah:

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Al-Baqarah:42

astaghfirullah. mohon dilindungi dari perkara itu.